Monday 3 November 2014

Laporan Perhimpunan Rasmi Minggu ke 41 (Sesi Petang)

Tarikh    :    3 November 2014
Masa      :    1.20 - 1.50 petang
Tempat  :    Dewan Perdana, SKTPP

Guru Bertugas:


  1. Puan Yani binti Mohammad Sharif
  2. Puan Nur Malisha binti Omar
  3. Puan Wan Sarinah binti Wan Ibrahim
  4. Puan Maizara binti Mahat
  5. Puan Ummu Athiah 
  6. Puan Norazah binti  Mohd Ali
  7. Encik Saifullah bin Mat Saupi
1.0  Laporan

Nyanyian, Bacaan Doa dan Bacaan Ikrar:

1.1  Nyanyian Lagu Negaraku, Lagu Negeri Selangor dan Lagu Sekolah yang dipimpin oleh Puan              Salmi binti Amir.

1.2  Bacaan doa oleh pengawas, Najwan Danish Danial bin Izwan Fazli (2 Anestesiologi)

1.3  Ikrar Rukunegara dan Keselamatan Jalan Raya oleh Puan Yani binti Mohammad Shariff.

1.4  Ikrar Murid oleh pengawas, Hurin Batrisyia Amani binti Ahmad Junaidi Doiniljalalaini.

Bacaan doa oleh wakil pengawas
2.0  Laporan Guru Bertugas Minggu Lepas ( Puan Grace a/p Danaraj)

2.1  Beliau mengingatkan kepada semua murid agar berhati-hati ketika hujan di waktu petang.                    Dilarang berlari semasa rehat, keluar ke tandas atau waktu balik.

2.2  Amaran untuk tidak bermain berudu di lopak air berhampiran pra sekolah.

3.0  Ucapan Guru Bertugas (Puan Yani binti Mohammad Sharif)

3.1  Mengingatkan agar murid menjaga disiplin dan kebersihan sepanjang minggu ini di kawasan              sekolah.

3.2  Memberitahu bahawa minggu ini adalah minggu pemulangan buku teks.  Diminta murid-murid          untuk membawa buku teks mengikut jadual yang ditetapkan.  Buku teks perlu disusun dan diikat        menggunakan tali.

3.3  Kutipan sumbangan kematian akan dijalankan dalam minggu ini bagi murid yang telah                        kehilangan orang yang tersayang.

4.0  Ucapan Perasmian Minggu Maal Hijrah oleh Puan Hjh. Rohaidah binti Hj. Mohd Ali

4.1  Puan Guru Besar merasmikan sambutan Maal Hijrah 1436 yang bertemakan "Perpaduan Nadi            Transformasi Negara".

4.2  Antara kandungan ucapan beliau; mesti berubah daripada tidak baik kepada yang lebih baik.                Murid-murid dinasihatkan supaya mengambil bahagian di dalam pertandingan sempena  Minggu        Sambutan Maal Hijrah ini.

4.3  Hari Penghakiman Bilik Sumber PPDa peringkat Negeri Selangor.  Murid diberi penegasan                supaya prihatin tentang visi dan misi PPDa.  murid diingatkan supaya menghafal misi dan visi            PPDa serta dapat menjawabnya sekiranya ditanya oleh pihak penghakiman.  Beliau memberi tips        bagi mengingati misi PPDa dengan mudah dan cepat.

5.0  Minggu Maal Hijrah 1436 peringkat sekolah

5.1  Sepanjang minggu ini akan diadakan aktiviti seperti Pertandingan Tilawah Al Quran, Hafazan,            Kuiz dan Mewarna bagi setiap Tahun 1, 2 dan 3.

5.2  Nyanyian lagu nasyid "Maal Hijrah" oleh semua guru dan murid.


Perhimpunan tamat jam 2.10 petang.